Monday, April 6, 2009

Menuju Takwa

Kita selalu menyebut perkataan 'takwa'. Ada pelbagai definisi takwa yang diberikan oleh cerdik pandai. Namun saya suka mengambil definisi takwa dari sudut kerohanian yang diutarakan oleh seorang penulis, iaitu rasa takut kehilangan cinta Tuhan, rasa dekat dengan cinta Tuhan. Individu bertakwa mentaati perintah-perintah Tuhan dengan senang (penuh redha), bukan kerana takut hukumnya. Dengan kata lain kita sentiasa merasai atau menyedari kehadiran Tuhan, peka kepada Tuhan secara berterusan boleh membuatkan kita berfikir dan bertindak lebih berhati-hati dan lebih kesedaran.

Pendek kata takwa adalah bekal terbaik untuk mendapat keredhaan Tuhan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Individu bertakwa akan berjaya berjaya serta memperoleh rahmat daripada Tuhan samada kejayaan fizikal (duniawi) atau kejayaan kerohanian. Kejayaan berbentuk fizikal mudah untuk diukur (tetapi sewajarnya mengikut ukuran Tuhan). Kejayaan kerohanian juga dapat dilihat dalam pembangunan karektor emosi dan rohani sebagai buah kehidupan beragama untuk semua mukmin.

Sudah tentu untuk mendapat kejayaan kerohanian bukan perkara mudah tetapi Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w. telah menunjukkan jalannya kepada semua manusia. Oleh itu marilah kita sama-sama mencari dan mengamalkan jalan takwa supaya kehidupan kita semakin dekat dengan kebahagian sejati yang dijanjikan Allah s.w.t.

(Petikan daripada buku "Yakin Diri 9 Jalan Cerdas Emosi dan Cerdas Spiritual" oleh Muhamad Wahyuni Nafis)