Sunday, September 13, 2009

Pesanan Tn. Hj. Rozhan Hj. Hamdan (82 tahun) Bil. 3

(sambungan..)

Susahnya mempertahankan kejayaan

Sebagai orang yang berpengalaman dalam hidup, keagamaan, dan perniagaan Ayahanda Hj. Rozhan tidak lokek berkongsi rahsia kejayaan dalam perniagaan berdasarkan pengalaman beliau. Katanya dalam berniaga kita kena berani dan kita juga perlu bijak menganalisa keadaan serta membuat ramalan (agak). Katanya itulah datannya perkataan berniaga (Berani + agak). Kita perlu membuat perancangan perniagaan, melaksananya dan mengurusnya dengan baik berdasarkan nilai-nilai utama (konsep) siddiq, amanah, tabligh, dan fathonah. Insyallah perniagaan kita berjaya dan beruntung. Tetapi malangnya ramai yang kecundang bila sudah berada di tahap ke 3 dalam pernigaan iaitu peringkat berjaya (1-Merancang, 2-Melaksana, 3-Berjaya). Dimasa ini lah kita akan diuji oleh Allah SWT dengan limpahan keuntungan (harta), pengaruh/kedudukan (nama harum dan mungkin berpengaruh kerana banyak jasa menyumbang dan buat kebajikan sana-sini) dan wanita. Jika tidak dapat mengawal diri (nafsu) maka ramailah yang kecundang dan jatuh bangkrap. Maka hilanglah segalanya, perniagaan hilang, nama baik tercemar, rumahtangga turut bergelora (runtuh), anak-anak turut menjadi mangsa, ‘kawan-kawan’ lari dan akhirnya terpaksa bermula kehidupan baru daripada bawah (menyedihkan).

Penulis merasakan ini adalah nasihat beliau kepada penulis secara halus. Soal mempertahankan KEJAYAAN DAN LUPA DIRI berlaku bukan sahaja dalam dunia perniagaan (seperti yang diserita oleh Ayahanda Hj. Rozhan) malah di dalam pelbagai lapangan hidup, di mana-mana sahaja dan kepada sesiapa jua. Pendek kata kita perlu sentiasa berawas (beringat) dalam setiap peringkat kehidupan (masa susah – peringkat mendaki/membanguan atau masa senang – peringkat menuai hasil) supaya kita tidak kecundang dikemudian hari. Mungkin inilah hikmah kita diminta (diajar) oleh guru-guru kita untuk sentiasa menambah ilmu agama (dan dunia), bertaubat kepada Allah SWT, ingatkan (berzikir) Allah SWT, muhasabah diri, berdoa kepada Allah SWT, bersabar, bertawakkal, ikhlas dan bertakwa kepada Allah SWT sepanjang masa. Semoga Allah SWT sentiasa membuka pintu rahmat dan hidayah kepada saya, keluarga, orang-orang beriman, Ayahanda Hj. Rozhan sekeluarga dan juga kita semua yang mendapat manfaat daripada catatan pengalaman beliau ini.

No comments:

Post a Comment