Thursday, September 3, 2009

Pesanan Tn. Hj. Rozhan Hj. Hamdan Bil. 2

(sambungan..)

Ramai yang lambat berubah

Ayahanda Hj. Rozhan sangat teruja bila bercakap mengenai keperluan hidup bertakwa dengan berpendoman agama Islam yang mulia berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah dengan panduan ilmu daripada ustaz-usatz dan alim ulamak. Inilah yang yang diamalkan dalam kehidupannya selepas berhijrah ke Brunei semasa berumur 40an. Beliau memaklumkan selain daripada mengamalkan suruhan-rusuhan wajib dan sunat belaiu juga berusaha untuk memastikan tidak perkara-perkara subhah (tidak jelas antara haram dan halal) dalam kehidupan beliau.

Daripada pengalaman dan pemerhatian beliau, Ayahanda Hj. Rozhan menyatakan umur 40 tahun adalah umur kritikal untuk berubah dan kembali ke jalan Allah SWT (saya juga acap mendengar/terbaca pandangan ulamak dan bijak pandai mengenai umur ini termasuk Imam Al-Ghazali). Jika dulu jahil sekarang mulai mencari guru untuk belajar agama, dulu tidak solat sekarang mulai solat, dulu cakap kasar serta marah-marah sekarang sudang pandai berlembut dan bersabar, dulu kurang bijak (gopoh) sekarang lebih bijak dan berhati-hati, dulu banyak komen sekarang lebih berhati-hati, dulu tidak ke masjid sekarang mulai ke masjid untuk berjemaah (belajar ilmu dan bersosial sesama jemaah Islam), dulu tidak keluar zakat sekarang mulai bertanya soal kewajipan berzakat, dulu berakhlak rojak sekarang sudah mulai merujuk dan mangamalkan akhlak Nabi SAW, kalau dulu tidak terfikir untuk pergi haji sekarang mungkin tidak sabar-sabar untuk dipilih menunaikan Fardhu Haji ke Mekkah, kalau dulu bahan bacaannya pelabagai nengenai kerjaya dan dunia material sekarang bertukar kepada bacaan berkaitan dengan keagamaan dan bagaimana untuk mendekatkan diri dengan Tuhan dan seterusnya.

Beliau perhatikan jika tiada perubahan dalam kehidupan seseorang dalam usia 40an maka ada kemungkinan besar perubahan (hidayah) tidak datang lagi selepas itu. Makna kita akan meninggalkan dunia ini dengan keadaaan serba kekurangan terutama soal iman dan amal kabajikan yang diadili Allah SWT di akhirat nanti. Sudah tentu orang tidak berubah (kearah mengamalkan kehidupan sesuai dengan tentutan Allah dan Rasul – Iman dan Takwa) besar kemungkinan lebih banyak membawa keburukan (kemusnahan) dan penyesalan berbanding seseorang yang sebaliknya. Bayangkan bagaimana kesannya jika seseorang mengurus diri dan keluarganya dengan kajahilan agama dan tidak menunjukkan tauladan (role model) yang dituntut oleh Islam. Sudah tentu untuk masa yang lama proses ianya memberi kesan-kesan negative terhadap pemikiran dan perilaku ahli keluarga dan orang-orang kelilingnya. Oleh itu beliau berpandangan adalah sangat elok jika kita berada atas jalan takwa daripada awal usia tidak tunggu umur 40 seperti yang dilalui oleh setengah orang.

Bila mendengar pengalaman Ayahanda Hj. Rozhan penulis merasa sangat bersyukur kerana tepat usia 40 tahun sekumpulan jemaah subuh (15 orang) yang diketuai oleh seorang Ustaz dan seorang Hafiz sama-sama mendoakan kesejahteraan saya di sebuat Restoran di Kota Kinabalu. Perisitiwa itu sudah tentu menjadi ingatan berkekalan sepanjang hayat. Semoga Allah SWT sentiasa mencucuri rahmat dan hidayah kepada saya, keluarga, kepada Ayahanda Hj. Rozhan sekeluarga dan juga kita semua yang mendapat manfaat daripada catatan pengalaman beliau ini.

No comments:

Post a Comment